Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Bahagian Miri
Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN KOD AKAUN PEMBERIAN HADIAH PENGIKTIRAFAN AKADEMIK (HPA)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas,
2. Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, merupakan satu insentif baharu yang diperkenalkan sebagai satu bentuk penghargaan Kerajaan kepada pegawai awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atas pembiayaan sendiri bagi meningkatkan ilmu dan kompetensi diri, selaras dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026.
3. Susulan itu, kod akaun khusus telah diwujudkan bagi mengakaunkan Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik seperti berikut:
| Bil | Tarikh | Kod GL | Perihal |
| 1 |
28.01.2026 |
B0115116 |
PEMBERIAN HADIAH PENGIKTIRAFAN AKADEMIK(HPA)-KAKITANGAN AWAM |
| 2 |
28.01.2026 |
B0115117 |
PEMBERIAN HADIAH PENGIKTIRAFAN AKADEMIK(HPA)-KESELAMATAN |
4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Miri
1) Lampiran 1



