-
Soalan Lazim Pengguna GPKI
- Saya pengguna baru. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila semak notifikasi e-mel anda daripada “Pentadbir Sistem GPKI” untuk “Notifikasi Pendaftaran Sebagai Pengguna Sijil Digital”.
- Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Sijil Digital yang baru?
Anda memerlukan salinan digital berwarna (photocopy) kad pengenalan anda bersaiz tidak lebih daripada 2MB. Salinan ini perlu dimuat naik untuk melengkapkan permohonan Sijil Digital anda.
- Saya tidak menerima sebarang e-mel “Notifikasi Pendaftaran Sebagai Pengguna Sijil Digital”.
Sila berhubung dengan Pegawai AP anda untuk mengesahkan e-mel anda.
- Siapakah “Pegawai AP”?
Pegawai AP (Authorised Personnel) adalah agen berdaftar yang dilantik oleh RA (Registration Authority) untuk menguruskan Sijil Digital di peringkat agensi anda
- Saya telah menerima e-mel “Notifikasi Pendaftaran Sebagai Pengguna Sijil Digital”. Apakah langkah seterusnya?
Sila lengkapkan permohonan Sijil Digital anda menerusi “Permohonan Softcert”.
- Apakah yang dimaksudkan dengan “Maklumat anda tidak terdapat di dalam sistem. Sila rujuk AP untuk pendaftaran aplikasi.”?
Nombor kad pengenalan anda tiada di dalam sistem. Sila berhubung dengan pegawai AP untuk mengesahkan nombor kad pengenalan anda.
- Apa itu “PIN Sijil Digital”?
“PIN Sijil Digital” adalah kata kunci yang akan anda gunakan untuk mengaktifkan Sijil Digital anda. “PIN Sijil Digital” adalah sulit dan menjadi tanggungjawab untuk simpanan anda.
- Saya telah melengkapkan dan menghantar permohonan Sijil Digital saya. Apakah yang saya perlu lakukan seterusnya?
Sila tunggu e-mel notifikasi yang akan dihantar kepada alamat e-mel anda dalam masa tiga (3) hari berkerja setelah anda menghantar permohonan Sijil Digital. Sila rujuk Soalan 10 untuk semakan status.
- Permohonan Sijil Digital saya telah ditolak. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila rujuk e-mel anda untuk memastikan sebab permohonan ditolak. Permohonan Sijil Digital yang baru boleh di buat dengan melengkapkan semula “Permohonan Softcert”.
- Apakah status permohonan Sijil Digital saya?
Semakan status permohonan boleh dibuat melalui “Semak Status Softcert”.
- Di mana saya hendak muat turun sijil digital saya?
Sijil Digital anda boleh dimuat turun melalui “Muat Turun Sijil Digital”.
- Bagaimanakah saya menukar PIN Sijil Digital?
PIN Sijil Digital boleh ditukar melalui “Tukar PIN”. Sila pastikan anda memuat turun semula Sijil Digital selepas penukaran PIN Sijil Digital berjaya dilakukan.
- Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa PIN Sijil Digital?
Anda boleh menetapkan semula PIN Sijil Digital anda melalui “Reset PIN”. PIN Sijil Digital sementara akan dihantar ke e-mel anda. Sila pastikan anda menukar PIN Sijil Digital anda dan memuat turun Sijil Digital setelah Reset PIN berjaya dilakukan.
- Adakah saya perlu memperbaharui Sijil Digital saya?
Ya. Email notifikasi akan dihantar kepada anda dalam masa 30 hari sebelum tamat tempoh. Pembaharuan boleh dibuat dengan melengkapkan semula “Permohonan Softcert”
- Sekiranya saya masih tidak menerima e-mel notifikasi setelah tiga (3) hari bekerja, apakah yang perlu saya lakukan?
Sila hubungi meja bantuan kami support[@]aug-tech.com/03-8922 9400.
-
Soalan Lazim GPKI (2048)
- Mengapa saya tidak boleh login ke GPKI Portal?
Pihak MAMPU telah menaik taraf Portal GPKI untuk memenuhi keperluan penambahbaikan sijil digital dari 1024 bit ke 2048 bit dan juga memperkenalkan token sebagai medium untuk sijil digital. Agen GPKI 2.0 juga telah dilakukan penambahbaikan. Oleh itu GPKI Agen yang baru perlu dimuat turun dan dipasang untuk memastikan pengguna dapat menggunakan GPKI Portal. Tatacara lengkap boleh dirujuk dalam Panduan Pemasangan Agen GPKI 2.0.
- Apakah versi pelayar yang disarankan untuk melayari Portal GPKI yang telah dinaik taraf?
Pelayar yang disyorkan adalah:a. Internet Explorer versi 10 dan terkinib. Mozilla Firefox versi 26 dan terkinic. Google Chrome versi 29 dan terkini
- Bagaimana saya hendak mendapatkan Agen GPKI dan tatacara memasangnya?
Agen GPKI 2.0 boleh diperolehi dengan : a. klik Perisian pada menu Portal GPKI, ataub. taip https://gpki.mampu.gov.my/GPKIPortal/link-perisian.jspDokumen Panduan Pemasangan Agen GPKI 2.0 boleh diperolehi dengan :a. klik Manual Pengguna pada menu Portal GPKI, ataub. taip https://gpki.mampu.gov.my/GPKIPortal/link-manual.jsp
- Perlukah Agen GPKI yang lama diuninstall sebelum melaksanakan pemasangan Agen GPKI yang terkini?
Ya, proses uninstall adalah digalakkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Tatacara lengkap boleh dirujuk dalam Panduan Pemasangan Agen GPKI 2.0.
- Mengapa saya terima ‘Ralat 105′ ketika login ke Portal GPKI?
‘Ralat 105′ biasanya akan terjadi pada pelayar Mozilla Firefox sekiranya pengguna tidak menerima exception .’ Certificate is not from trusted certifying authority. ‘Pengguna perlu klik ‘OK’ bagi membenarkan sijil digital ‘Aegis CA’ dipasang pada komputer pengguna.Tatacara lengkap boleh dirujuk dalam Panduan Pemasangan Agen GPKI 2.0.
- Kenapa saya terima ?Ralat 50: Salah Format? setelah login? Setelah klik ?OK?, windows pula akan memaparkan ?Java SE stopped running?. Apa perlu saya lakukan?
Ralat ini akan dipaparkan sekiranya pengguna memasukkan PIN yang salah. Oleh itu, pengguna perlu menutup Agen GPKI dan restart semula Agen GPKI tersebut.
- Sekiranya saya telah laksanakan semua langkah yang dinyatakan dalam ‘Soalan Lazim’ dan ‘Panduan Pengguna Agen GPKI 2.0′ namun masih menerima ralat, apa yang perlu saya lakukan?
Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Meja Bantuan GPKI di support[@]aug-tech.com atau menelefon 03-8922 9400cvi.