rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Bahagian Miri

HEBAHAN: KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JANM TAHUN 2025

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian soal selidik bagi mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2025 sedang dijalankan bermula 28 Januari 2026 sehingga 28 Februari 2026. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu pihak pengurusan merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian di masa hadapan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan JANM.

3. Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan untuk menjawab kajian ini melalui link berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd29N2Vc47x-ijM5fLNuGqNTKML0kVkLLR8C1DMCyEB6ZgK3w/viewform

4. Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Miri

1) Lampiran 1