Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Bahagian Miri
Tuan/Puan,
PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI PENUTUPAN AKAUN AKHIR KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN KEWANGAN 2025
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan/puan, selaras dengan arahan penyerahan Kertas Kerja Sokongan (KKS) merujuk surat JANM.600-2/2/4 (18) bertarikh 13 Oktober 2025 dan Sijil Pengesahan Baki Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun Kewangan 2025. Pemegang Panjar dikehendaki untuk mengemukakan empat (4) set dokumen Sijil Perakuan Panjar yang dijana daripada Portal iGFMAS beserta dengan Surat Iringan daripada Ketua Jabatan seperti berikut :-
2.1 Sijil Perakuan Panjar, Lampiran I dan Lampiran II bertarikh 31.12.2025 beserta Cop Rasmi Jabatan.
2.2 Buku Wang Runcit bertarikh 01.12.2025 sehingga 31.12.2025 beserta Cop Rasmi Jabatan.
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan mengemukakan dokumen fizikal (hardcopy) ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Miri selewat-lewatnya pada 09 Januari 2026 (Jumaat). Bersama-sama ini disertakan Tatacara Penyediaan Sijil Perakuan Panjar untuk rujukan pihak tuan/puan.
4. Jika terdapat pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Puan Chelsea Sherry Labo dan Encik Risman Untang Anak Misin di talian 085-442183. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Unit Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Miri
Tel: 085-442183
Email:



