Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Bahagian Miri
Tuan/Puan,
PERALIHAN PERKHIDMATAN MASWING KEPADA AIR BORNEO
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat Jabatan Akauntan Negara Malaysia rujukan Janm.600-20/2/5 Jld 5 (7) bertarikh 16 Disember 2025.
2. Dimaklumkan bahawa Malaysia Aviation Group Berhad (MAG) telah memindahkan hak milik MASwings Sdn. Bhd. kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada 12 Februari 2025. Sehubungan itu, bermula 1 Januari 2026, semua penerbangan MASwings akan dikendalikan oleh Air Borneo (AB).
3. Air Borneo (AB) masih belum dilantik sebagai Agensi Pukal Kerajaan dan AB perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) sebelum permohonan untuk menggunakan Kemudahan Bayaran Pukal dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
4. Disertakan bersama perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan tempahan tiket, migrasi tiket, pemulangan wang (refund) dan lain-lain. Sehubungan itu, kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Miri
1) Lampiran 1
2) Lampiran 2



