Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan
MENGEMASKINI GRED JAWATAN PENGGUNA SISTEM iGFMAS BERDASARKAN GRED SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM
Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat Jabatan Akauntan Negara Malaysia rujukan JANMIR/100-1/6 jld.4(70) bertarikh 12 Disember 2025 mengenai perkara diatas.
2. Dimaklumkan bahawa berikut dilampirkan Infografik berkenaan proses mengemaskini gred jawatan pengguna sistem iGFMAS untuk dijadikan rujukan tuan/ puan di Pusat Tangungjawab dibawah selian Jabatan Akauntan Negara Cawangan Miri.
3. Segala kerjasama dan perhatian tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, harap maklum.
Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Miri
1) Lampiran



