faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

PENANGGUHAN PROGRAM/AKTIVITI BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

 

UNTUK EDARAN SEGERA

KENYATAAN KESELAMATAN & KESIHATAN

PENANGGUHAN PROGRAM/AKTIVITI BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

Merujuk kepada Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) bagi bulan Mac dan April ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan penularan COVID-19 berlaku. Sehubungan dengan ini Jabatan memutuskan agar :-

a)       Semua aktiviti perhimpunan, kursus, taklimat dan mesyuarat ditangguhkan. Hanya taklimat dan mesyuarat yang benar-benar MUSTAHAK boleh diteruskan dengan syarat ianya diadakan dalam premis sendiri dan dihadiri oleh peserta dalaman sahaja serta dengan langkah keselamatan kesihatan ketat dilaksanakan.

b)       Tugasan Lapangan bagi Naziran PTJ  dan Pemeriksaan WTD ke Entiti ditangguhkan bagi mengelakkan risiko jangkitan terhadap petugas-petugas.

c)       Perkhidmatan Kaunter Perkhidmatan WTD dihentikan sementara dan orang ramai diminta untuk menggunakan perkhidmtan semakan secara on-line dan mengemukakan tuntutan bayaran balik WTD mereka secara pos.

Warga JANM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedur (SOP) pengawalan pengawalan penularan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh KKM.

Warga  JANM juga adalah diminta untuk menangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang mengalami jangkitan COVID-19 sebagaimana pemakluman KKM. Bagi mana-mana warga yang baru pulang dari wilayah/bandar berkaitan adalah diminta menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan disahkan selamat sebalum masuk bertugas.

Warga JANM juga diseru agar mengamalkan penjagaan kesihatan yang baik. Sekiranya mengalami sebarang gejala jangkitan diminta menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera. Selanjutnya Warga JANM adalah diminta untuk mengikuti perkembangan terkini jangkitan COVID-19 melalui laman wen rasmi KKM.

Semua pihak dalam JANM adalah diminta memandang serius berhubung risiko penularan COVID-19 ini dan sentiasa peka dan mematuhi terhadap langkah-langkah pencegahan yang diumumkan Kerajaan. 

JAWATAN KUASA KESELAMATAN DAN PEKERJAAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

16 Mac 2020