faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Kumpulan MENARA merupakan kumpulan inovatif dan kreatif JANM Cawangan Miri yang telah menghasilkan pelbagai projek inovasi seperti Sistem Verifikasi Tandatangan (SVT) , Sistem Pengurusan Stok Elektronik (eSPS) , Contract Information System (CoInS) dan Sistem eFast Learning (eFast Learning) sejak tahun 2009. Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai yang bertugas di pelbagai Seksyen dan Unit, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Miri. Ini membolehkan semua input dan maklumat daripada semua pihak dapat disampaikan dengan jelas selaras dengan objektif jabatan untuk mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan serta membantu kerajaan membuat keputusan yang berkesan. Setiap ahli diberi peluang untuk menyatakan pendapat masing-masing dan telah diberi skop tugasan masing-masing bagi merealisasi dan menjayakan projek KIK.

Tarikh Aktiviti
2019
06.03.2019 Mesyuarat Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) JANM Cawangan Miri Bil. 3/2019 pada 06 Mac 2019
24.05.2019 Mesyuarat Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) JANM Cawangan Miri Bil. 4/2019 pada 24 Mei 2019
05.07.2019 Mesyuarat Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) JANM Cawangan Miri Bil. 5/2019 pada 05 Julai 2019
05.08.2019 Mesyuarat Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) JANM Cawangan Miri Bil. 6/2019 pada 05 Ogos 2019
07.10.2019-
09.10.2019
Konvensyen KIK Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2019 pada 7-9 Oktober 2019